BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 26, 2012

movie bulan ini

1. Hantu kapcai





Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.


Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.


lokasi - the curve dan midvalley. kenape 2 tempat sebabnye tgk dua kali. hahaha enjoy this movie. 


2. Taken 2


yang aku faham cite ni sambungan dari yang pertama.. ok la.. disebab kan hero dia tua so aksi pon tak de la nk hebat mana cuma cara dia selesaikan misi tu mmg cool la tenang je.. cuma yang spoilnye.. pengganas dalam cite ni orang islam.. so dia ni nak tunjuk seolah2 orang islam ni mmg pengganas

3. The rasident evil


yang ni pon tgk 2 kali jugak .. firstly yang 3d mmg nyam teruk sbb banyak efek yang dia tonjolkan yang second sbb member lanje aku on kan je.. disebabkan aku tak layan cite ni dari yang memula aku pon blur2  la nk faham... tp ape yang aku tau cite ni akan bersambung lagi sbb ending dia ade bende lagi yang minah ni kene selesaikan

4. Premium Rush


filem ni mmg gempak la bagi aku sbb dari mula cite die dah atas basikal.. cite yang simple tp diolah dgn baik.. jalan cite menarik.. dan padat. seda2 je da abis.. 

5. Antapal The Gangster


Diinspirasikan daripada era gangster Thai pada tahun 1956, filem ini mengikuti kisah dua orang gangster, Daeng (Somchai Khemklad) dan Jod (Krissada Sukosol Clapp). Pada tahun 1950-an, mereka yang terlibat dengan kegiatan gangsterisme telah dihormati ramai. Namun selepas pasukan askar diktator tiba dan cuba menghapuskan kegiatan ini, ahli-ahli gangster sama ada telah dibunuh atau pun dimasukkan ke dalam penjara. Namun bagi Daeng dan Jod, mereka berazam untuk mengharungi tempoh kesusahan itu. Selepas satu ketika, mereka ingin kembali dalam dunia tersebut dan mula bekerja di bawah mafia yang berkuasa. Pada masa yang sama, dua orang anak muda, Thong (Sakrin Suthammasamai) dan Piak ( Kritsada Suphapphaphro) memandang Jod dan Daeng sebagai idola mereka. 



di adaptasi dari pengarah film paranormal.. ceritenye menarik tapi banyak sgt adengan kejut mengejut ni.. ending  dia x brapa nak best sbb si pembunuh adalah dikalangan ahli keluarga tu sendiri. and tak kan abis sbb dia akan cari waris untuk mangsa seterusnya.. 

0 comments: